Wednesday, September 17, 2008

SERONOK DAPAT BANYAK HADIAH DAN DUIT

BERMULA sejak lahir Ahmad Naufal Alwafi dapat hadiah macam-macam. Hadiah-hadiah tu daripada saudara-mara dan kawan-kawan Baba dan Ummi. Antaranya, sepasang baju tidur berwarna hijau hadiah daripada Tok Jah (emak Baba), Sepasang baju tidur berwarna biru hadiah daripada Pak Teh (Adik Baba), Sepasang baju berwarna kuning hadiah daripada Mak Ngah Zura (Kak ipar Ummi), 3 pasang Baju daripada Tok Mah (emak Ummi), Sepasang daripada Tok Long Ana (Mak Long Baba), Sepasang daripada Ammu Zul SKL & Ammati Yuhanis (Kawan Baba), Sepasang daripada Ammati Rusfazila (Kawan Ummi), sepasang daripada Ammati Hajar (Kawan Ummi), sepasang daripada Ammu Ainuddin & Ammati Azila dan dua pasang daripada Tok Teh (adik Tok Wan belah Baba). Itu belum kira yang Ummi dan Baba beli, lagi banyak.

Selain itu, Ahmad Naufal Alwafi dapat juga hadiah lain. Antaranya set tilam dan bantal kabu berwarna biru bercorak anak burung kuning (kartun) dijahit oleh Tok Mah. Memang seronok tidur lena atas tilam tu masa Ummi dalam pantang. Tapi sekarang cuma guna bantal saja. Tilam Ummi simpan untuk adik-adik pula. Hehe... Ammati Yusnita SKSN dan Ammati Noridah bagi hadiah beg barang-barang baby dan bantal lekuk. Terima kasih banyak-banyak. Ammu Malik Isa pula bagi hamper. Suka sangat-sangat. Bedak Tolyjoy tu wangi sangat.

Ramai juga yang tak bagi hadiah tapi bagi duit. Ummi dan Baba buka akaun untuk Ahmad Naufal Alwafi di Tabung Haji dengan deposit pertama jauh lebih banyak daripada simpanan Baba pada masa itu. Kemudian Ummi "top up" lagi bulan-bulan. Duit tu, kata Ummi untuk Ahmad Naufal Alwafi guna di masa depan. Ummi selalu kata "Ummi simpan duit untuk Ahmad Naufal Alwafi, nanti boleh sambung belajar sampai universiti." Agaknya macam iklan Aiman Gyver yang bapa dia simpan 40 ribu lebih tu lah kat TV. Apa yang Aiman tu mintak semua tak dapat tapi rupanya bapa dia ada matlamat yang lebih baik di masa depan.


GAMBAR 15: Ahmad Naufal Alwafi dengan gaya tersendiri yang versatil.



GAMBAR 16: Gaya dalam baju tidur hadiah Tok Teh.


Sebenarnya, nak rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang beri Ahmad Naufal Alwafi hadiah dan duit.


Raya dah dekat ni. Raya ni Ahmad Naufal Alwafi nak ajak Baba dan Ummi kumpul duit raya. Jangan marah...

Sekian,

naufal.alwafi@gmail.com
0195044941

No comments: