Tuesday, October 20, 2009

ADIK PEREMPUAN AHMAD NAUFAL ALWAFI

Inilah rupanya adik Ahmad Naufal Alwafi pada hari pertama kelahiran. Adik Naufal ditahan di wad untuk pengawasan. Ini disebabkan air ketuban ummi turun melebihi 24 jam dari waktu kelahiran. Ini adalah prosedur biasa. Apapun harap semua berdoa kepada adik perempuan Ahmad Naufal Alwafi ini.

Anak ke-2 pasangan En. Ahmad Tarmizi Bin Ismail dan Pn. Althoharoh Binti Ali.







Beberapa gambar yang sempat dimasukkan. Akan dimasukkan kemudian dalam blog baba. InsyaAllah kerana memenuhi permintaan saudara-mara. hehe

Saturday, October 17, 2009

SENYUMAN NAUFAL

SENYUMLAH-senyumlah, ahai Cek Mek Molek... hehe, Begitulah lagu yang dipopularkan oleh Dato' M. Daud Kilau. Naufal pun senyumlah masa sesi bergambar.



Ahmad Naufal Alwafi nampak sebab baru lepas demam 2 minggu lepas. Demam dan batuk itu hampir-hampir ke wad. Lihat catatan Baba.



Naufal bersama Baba dan Ummi. Naufal senyum sampai nampak anak tekak. Baba dan Ummi senyum sikit-sikit saja.


Bergambar kenangan dengan Ummi dan adik (masih di dalam) pada hari Ulangtahun kelahiran Baba 16 Oktober. Lagi gambar dan cerita pasal Besday Baba ni di Blog Baba.


Naufal dan Baba di Kebun jagung Tok Su Rahman dan Tok Su Shimah di Kg. Yoi, Langkawi sebab ada kenduri makan jagung bakar, cucur jagung, bubur jagung dan nasi jagung, ops... nasi putih lah dengan ikan bakar, sedap.



Naufal senyum lagi melihat ke dalam longkang yang disangkanya sungai. Naufal suka sungai. Setiap kali nampak sungai Naufal akan kata, "Ba... ngai." Kali ini Naufal tanya, "Ba... kan?" mungkin maksudnya ikan. Haha, longkang kering.

Cerita dan Gambar Ulangtahun Kelahiran Baba di Blog AKHIMIZI

Saturday, October 3, 2009

MEMORI AIDILFITRI 1430H

MEMORI AIDILFITRI Naufal bersama keluarga pada tahun ini. Banyak gambar tapi tak ter publish lah banyak-banyak. Tahun ini kebetulan pagi raya Naufal di rumah Tok dan Tokwan sebelah Baba. Jadi kebanyakan gambar adalah gambar di kediaman ISMA-NAJAH Kampung Ulu Melaka.

Tema Naufal sekeluarga tahun ini adalah warna kuning sultan. Baba kata takut nak pakai kuning sebab warna diraja.


Gambar 75: Inilah Tok dan Tokwan Naufal sebelah Baba iaitu Tok: Halijah Binti Ibrahim Tokwan: Ismail Bin Awang.



Gambar 76: Keluarga besar Naufal.
(Depan dari kiri: Kak Ain, Abang Along)
(Tengah dari kiri: Mak Chaq, Tok Wan, Tok, Ummi)
(Belakang dari kiri: Pakcik Nuar, Pak Teh Lotfi, Abang Adib dan Pak Chaq, Pak Lang Hadi, Naufal dan Baba, Paksu Naim)

Gambar 77: Keluarga Naufal bersama Tok dan Tokwan.


Gambar 78: Majlis bersalaman pada pagi hari raya selepas solat raya dan ziarah kubur. Naufal dapat duit raya.




Gambar 79: Baba, Ummi dan Naufal bersalaman dan berpeluk cium dengan Tok dan Tokwan.


MEMORI AIDILFITRI 1430H (2)

Lagi gambar raya.


Gambar 80: Keluarga Naufal dan Paksu Naim (Adik Baba paling bongsu).



Gambar 81: Keluarga Mak Chaq (mereka tinggal di Taman Bersatu Kuala Kedah.



Gamabr 82: Baba, Ummi, Pak Lang sedang membalut ketupat daun palas. Tekalah siapa paling cekap. Tahun ini baba cipta rekod kacau pulut untuk buat ketupat di rumah Tok.



Gambar 82: Tok dan Tokwan bersama anak-anak bujang mereka. Pakteh, Paklang, Pakcik dan Paksu. Pakteh kerja sebagai Pembantu Teknikal di HM, Paklang kerja guru ganti di SMKTP, Pakcik masih belajar di UniMAP dan Paksu akan menduduki SPM tahun ini.



Gambar 83: Pakteh dengan ayam kampungnya pada malam raya untuk diproses buat gulai. Memang pakteh cekap tangkap ayam macam "morat shehet". Kata Baba.




Monday, July 13, 2009

MEMORI CUTI-CUTI MALAYSIA

Sudah lama gambar-gambar Ahmad Naufal Alwafi bersama keluarga ketika pergi bercuti di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia berada dalam koleksi simpanan. Hari ini diupload untuk tatapan.

Gambar-gambar ini dimasukkan secara abstrak. Ada banyak lagi gambar. Akan dimasukkan kemudian.

Seronok dapat bantal. Ketika di bilik hotel, salah sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Dapat masuk bilik hotel selepas menunggu hampir hampir 2 jam selepas daftar. Barulah boleh merasa tilam hotel. Hotel paling mahal disewa sepanjang percutian. Hehe...


Mengkaji ikan plastik.


Bermesra dengan Baba.



Teruja dengan pokok-pokok teh di Cameeron Haighland. Hujan renyai-renyai ketika itu. Baba pegang payung dan handphone camera. Umi pegang Naufal.


Cipta sejarah, tidur di dataran Putrajaya pada waktu tengahari.



Atas jambatan gantung di Taman Mini Malaysia di Melaka. Umi dah gayat, Naufal rileks ja...




Teruja lagi. Di sebuah Mall di Bandar Hilir.




Meniarap di depan replika kapal layar di Muzium Samudera, Melaka.




Terlena di Zoo Taiping. Pada waktu malam dipanggil Night Safari. Sentiasa bersama dalam rombongan ialah Ammu Zahir, Ammati Amalina dan Adham.



Terlena lagi di Ladang teh, Cameeron Valey.




Bertiga di depan Masjid Putrajaya.




Naufal dah pergi dah yang berpusing-pusing di belakang tu, best.




Di depan Muzium Samudera.



Wednesday, June 24, 2009

KOLEKSI NAUFAL ALWAFI

Antara koleksi gambar Naufal Alwafi:

Gambar 60: Kereta mainan kesayangan Ahmad Naufal Alwafi. Kereta ini paling disayangi, tetapi ketika gambar ini diambil kereta ini sudah pun rosak dan pecah semasa dibawa ke rumah tok masa sepupu-sepupu Ahmad Naufal Alwafi balik kampung cuti sekolah lalu. Ini saja bangkai yang tinggal, tapi Naufal masih sayang juga.


Gambar 59: sedang makan epal


Gambar 58: mencuba bingkai cermin mata di kedai tempat Mak Cik Farhah kerja sambilan.



Gambar 57: hensem tak Naufal, baba? hensem....



Gambar 56: Berendam bersama Makcik Farhah di kolam renang Tok Senik Resort




Gambar 55: Bersama Baba dan Umi





Gambar 54: Lapar susu... cari sendirilah.





Gambar 53: Alhamdulillah, sedapnya...




Gambar 52: Belajar memandu Honda City 1.5 VTEC



Gambar 51: Comel tak? Masa ni tembab lagi... la ni, hehe
Sekian.










Thursday, February 26, 2009

Selepas 3 Bulan Menyepi Tanpa Cerita

Selama 3 Bulan menyepikan Blog Naufal Alwafi ini, kini.... dimasukkan gambar-gambar yang terdapat dalam koleksi Baba.
Gambar 50: Naufal & rombongan cuti-cuti Malaysia di Zoo Taiping pada waktu malam dikenali sebagai Night Safari, Taiping. Tapi Naufal terlena lepas tengok harimau.


Gambar 49: Naufal dan Adham bersama baba, ummi, dan Ammu Zahir dan Acik Amalina di Muzium Samudera di Bandar Hilir,Melaka.

Gambar 48: Naufal dan keluarga bersama Ammu Zahir dan keluarga ketika menziarahi Acik Sunarti dan suaminya di Taiping.


Gambar 47: Bersama ummi masing-masing. Naufal dengan Ummi, Rabiatul Adawiyah bersama umminya bertudung hijau, dan Amal Imtiyaz dengan umminya bertudung hitam. Masa ni ummi Amal dalam pantang lagi. Baba dan Ammu Rokhaimi bawa kami menziarah.



Gambar 46: Naufal dengan Baba ditemani oleh Ammu Rokhaimi dan puterinya Rabiatul Adawiyah dan Ammu Zul bersama puterinya Amal Imtiyaz. Naufal seorang saja putera di sini.



P/S: Gambar-gambar cuti-cuti Malaysia akan dimasukkan kemudian. Sempat pergi ke Melaka, Nilai, Kajang, Putrajaya, Kuala Lumpur, Cameron Highland, Taiping, Penang dan Kulim. Nanti akan dimasukkan, insyaAllah...