Wednesday, November 5, 2008

DEMAM MASA USIA MASUK 6 BULAN

MASUK usia 6 bulan dah. Ahmad Naufal Alwafi pula demam. Mungkin demam nak boleh apa-apa. Tak boleh merangkak boleh duduk. Teka saja.


Gambar 41: Susah juga dia nak makan ubat. Tapi kena makan juga sebab demam.



Gambar 42: Walaupun demam masih boleh bermanis muka.


Gambar 43: Masih manis muka walaupun mata berkaca.



Gambar 44: Demam. Wajah semasa menanti giliran semasa di klinik.



Gambar 45: Baba cuba pujuk supaya tersenyum.





NAUFAL KALA 5 BULAN 2

LAGI gambar semasa 5 bulan.

Gambar 38: Belum teruja dengan kamera.



Gambar 39: Mula teruja dengan kamera.



Gambar 40: Mula menyulur ke arah kamera.



NAUFAL KALA 5 BULAN 1

BEBERAPA gambar Ahmad Naufal Alwafi semasa berusia 5 bulan.


Gambar 34: Ahmad Naufal Alwafi sudah pandai meniarap sejak berusia 3 bulan. Diberi kesempatan meniarap di atas katil dengan ditemani. Tanpa teman pasti bahaya sebab Ahmad Naufal Alwafi ketika 5 bulan sudah pandai menyulur.



Gambar 34: Kadang kala terasa nak hisap jari pula.


Gambar 35: Ahmad Naufal Alwafi terharu kerana baba merakam gambarnya.


Gambar 36: Pandai juga menggigit objek. Gusi gatal agaknya.



Gambar 37: Melihat ke arah atas dengan gaya seorang pemimpin yang berpandangan jauh.




Sunday, October 5, 2008

POTRET AIDILFITRI 1429H

TAHUN ini berbeza. Tahun lepas ummi berhari raya dengan baba, Ahmad Naufal Alwafi masih dalam kandungan ummi masa tu baru masuk bulan ketiga kehamilan. Tahun ini dapat beraya di dunia. Dapat pakai baju-baju raya. Tahun ini tahun ungu. Baba ummi dan Naufal semua unggu pada hari raya pertama. Naufal nak ikut baba solat Aidilfitri tapi Naufal kecil lagi, nanti Naufal dan besar bolehlah.
GAMBAR 29: Ahmad Naufal Alwafi bersama ummi tercinta dan baba tersayang pada pagi Aidilfitri.



GAMBAR 30: Bersama Tok Nek Tun, Nenek kepada ummi Ahmad Naufal Alwafi


GAMBAR 31: Bersama Pak Teh (adik Baba) di rumah Tok Wan di Ulu Melaka pada hari raya kedua. Naufal: "tolonglah diam Naufal nak bergambar ni." hehe


GAMBAR 32: Di dalam dukungan Baba di sebuah restoran di Pekan Kuah, Langkawi pada hari raya ke-3. Ahmad Naufal Alwafi memakai baju yang dihadiankan oleh Maklang dan Paklang yang tinggal di Kulim, Kedah.

Gambar 33: Tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan ummi di mini playground.

DEMAM KEBAH TIMBUL CAMPAK

SEMINGGU sebelum berhari raya selepas Ahmad Naufal Alwafi kebah demam dua hari kemudian timbul pula campak. Masa demam Baba minta demam tu pi dekat dia. Akhirnya Baba pula demam. Tapi bila campak Baba pun tak berani minta. Alih-alih baba dapat selesema. Tahun ni tahun baba selsema. Selsema sungguh.


Gambar 26: Ahmad Naufal Alwafi diusap dengan daum mambu akibat campak bagi mengurangkan gatal dan miang. Seronok dan geli.


Gambar 27: Sampai ke kepala kena usap.


Gambar 28: Wajah Ahmad Naufal Alwafi yang kelihatan campak pada seluruh badan. Baba berubat cara kampung saja, akhirnya tiga hari kemudian semuanya hilang. Sehari sebelum hari raya. Mujurlah, muka berseri di pagi raya.

DEMAM AKHIR RAMADAN

Gambar 24: Masam bukan sebab sombong tapi sebab demam.

Gambar 25: Ahmad Naufal Alwafi demam pada hujung Ramadan 1429H

Wednesday, September 17, 2008

PENGALAMAN NAIK FERI LANGKAWI-KUALA KEDAH

AHMAD Naufal Alwafi dilahirkan di Pulau Langkawi. Justeru, hendak ke Tanah Besar Semenanjung kenalah naik feri. Jambatan antara Langkawi ke Tanah Besar tak ada. Tak macam Pulau Pinang.
Pengalaman pertama naik feri dirakam oleh Baba. Ahmad Naufal Alwafi menunjukkan reaksi spontannya.

Gambar 20 & 21 semasa perjalanan pergi (Langkawi - Kuala Kedah)

Gambar 20: Ahmad Naufal Alwafi cemas mendengar enjid feri, pendingin hawa pun kurang. Ahmad Naufal Alwafi berpeluh dan menangis.


Gambar 21: Lena di atas riba Ummi mungkin kerana takut, atau kerana terpujuk.

Gambar 22 & 23 ialah semasa perjalanan pulang (Kuala Kedah - Langkawi)

Gambar 22: Tiga hari kemudian, Ahmad Naufal Alwafi menunjukkan wajah ceria semasa menaiki feri pulang, Feri agak dingin. Baba dan Ummi memakaikan baju sejuk yang dibeli di TESCO, Alor Star.


Gambar 23: Wajahnya langsung tidak menampakkan dia fobia naik feri. Kata Ummi: "Naufal mudah bawa berjalan, tak buat perangai, baik sangat."

Ahmad Naufal Alwafi

Sila layari blog Baba di: http://akhimizi.blogspot.com/


HISAP JARI

ORANG tua-tua kata bayi hisap jari ni bayi baik. Tak tahu pula Ahmad Naufal Alwafi sejauh mana kebenarannya. Tetapi Baba dan Ummi selalu puji kata Ahmad Naufal Alwafi baik. Alhamdulillah sekurang-kurangnya Baba dan Ummi berdoa supaya Ahmad Naufal Alwafi jadi baik.
GAMBAR 17: Mula-mula hisap jari ibu yang sebelah kanan.

Gambar 18: Lepas tu berubah ke jari ibu sebelah kiri.


Gambar 19: Lepas tu mana sempat yang itulah dihisap. Tapi paling suka jari ibu. Jari-jari lain boleh membuatkan rasa nak termuntah sebab geli. Haha



Ahmad Naufal Alwafi.
http://naufalalwafi.blogspot.com/
0125453571

SERONOK DAPAT BANYAK HADIAH DAN DUIT

BERMULA sejak lahir Ahmad Naufal Alwafi dapat hadiah macam-macam. Hadiah-hadiah tu daripada saudara-mara dan kawan-kawan Baba dan Ummi. Antaranya, sepasang baju tidur berwarna hijau hadiah daripada Tok Jah (emak Baba), Sepasang baju tidur berwarna biru hadiah daripada Pak Teh (Adik Baba), Sepasang baju berwarna kuning hadiah daripada Mak Ngah Zura (Kak ipar Ummi), 3 pasang Baju daripada Tok Mah (emak Ummi), Sepasang daripada Tok Long Ana (Mak Long Baba), Sepasang daripada Ammu Zul SKL & Ammati Yuhanis (Kawan Baba), Sepasang daripada Ammati Rusfazila (Kawan Ummi), sepasang daripada Ammati Hajar (Kawan Ummi), sepasang daripada Ammu Ainuddin & Ammati Azila dan dua pasang daripada Tok Teh (adik Tok Wan belah Baba). Itu belum kira yang Ummi dan Baba beli, lagi banyak.

Selain itu, Ahmad Naufal Alwafi dapat juga hadiah lain. Antaranya set tilam dan bantal kabu berwarna biru bercorak anak burung kuning (kartun) dijahit oleh Tok Mah. Memang seronok tidur lena atas tilam tu masa Ummi dalam pantang. Tapi sekarang cuma guna bantal saja. Tilam Ummi simpan untuk adik-adik pula. Hehe... Ammati Yusnita SKSN dan Ammati Noridah bagi hadiah beg barang-barang baby dan bantal lekuk. Terima kasih banyak-banyak. Ammu Malik Isa pula bagi hamper. Suka sangat-sangat. Bedak Tolyjoy tu wangi sangat.

Ramai juga yang tak bagi hadiah tapi bagi duit. Ummi dan Baba buka akaun untuk Ahmad Naufal Alwafi di Tabung Haji dengan deposit pertama jauh lebih banyak daripada simpanan Baba pada masa itu. Kemudian Ummi "top up" lagi bulan-bulan. Duit tu, kata Ummi untuk Ahmad Naufal Alwafi guna di masa depan. Ummi selalu kata "Ummi simpan duit untuk Ahmad Naufal Alwafi, nanti boleh sambung belajar sampai universiti." Agaknya macam iklan Aiman Gyver yang bapa dia simpan 40 ribu lebih tu lah kat TV. Apa yang Aiman tu mintak semua tak dapat tapi rupanya bapa dia ada matlamat yang lebih baik di masa depan.


GAMBAR 15: Ahmad Naufal Alwafi dengan gaya tersendiri yang versatil.



GAMBAR 16: Gaya dalam baju tidur hadiah Tok Teh.


Sebenarnya, nak rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang beri Ahmad Naufal Alwafi hadiah dan duit.


Raya dah dekat ni. Raya ni Ahmad Naufal Alwafi nak ajak Baba dan Ummi kumpul duit raya. Jangan marah...

Sekian,

naufal.alwafi@gmail.com
0195044941

Tuesday, September 16, 2008

SELEPAS TEMPOH 45 HARI

PEMERIKSAAN rutin bayi. Ketika dilahirkan berat Ahmad Naufal Alwafi ialah 3.32 kg. Kemudian selepas 2 minggu beratnya menjadi 3.7 kg. Kemudian naik 4.2 kg. Kemudian 4.8 kg. Kemudian 6.1 kg, kemdian timbang pula semasa 4 bulan jadi 6.5 kg kemudian menjadi 7 kg (september 2008).

Naufal pandai menangis sejurus selepas dilahirkan. Baba sendiri lihat semasa dalam bilik bersalin. Pandai senyum beberapa hari kemudian tapi sikit-sikit. Kemudian barulah agak sakan juga senyum. Tengok gambar di bawah tu. Bukan main lagi dia.


Gambar 10: Pandai tengok lensa kamera handphone.

Gambar 11: Rupa semakin tembam.


Gambar 12: Semakin galak senyum.


Gambar 13: Wajar jernih, semakin putih tidak seperti sebelumnya.



Gambar 14: Tembamnya dia.
Sekian.

SEMASA TEMPOH DALAM PANTANG

UMMI Ahmad Naufal Alwafi berpantang 45 hari. Kerajaan Malaysia beri cuti 60 hari. Dalam tempoh berpantang 45 hari dihabiskan di rumah emak ummi di Kg. Syed Nahar dan selebih bakinya di rumah sewa Baba dan Ummi di Kg. Nyior Chabang.

Tidak banyak gambar Ahmad Naufal Alwafi semasa dalam pantang. Kebetulan masa minggu awal Ahmad Naufal Alwafi terkena kuning dan ruam pada badan. Gambar-gambar di bawah semuanya gambar lena.





Sekian,

naufal.alwafi@gmail.com
0195044941

TAHNIK DAN BERCUKUR

Pada hari ke 14 selepas dilahirkan satu majlis kenduri kesyukuran diadakan di rumah emak kepada Ummi (Tok) Ahmad Naufal Alwafi di Kg. Syed Nahar, Langkawi. Kenduri kecil sahaja bagi meraikan dan mensykuri kelahiran di samping diadakan majlis Tahnik dan Bercukur rambut Ahmad Naufal Alwafi yang dilaksanakan oleh ayah kepada Baba (Tok Wan).
Gambar 2: Ahmad Naufal Alwafi sedang ditahnik menggunakan isi buah kurma (tamar).

Gambar 3: Ahmad Naufal Alwafi sedang "dibasahkan" tekaknya dengan air Zam Zam.


Gambar 4: Ahmad Naufal Alwafi sedang dicukur oleh Tok Wan (Ismail Bin Awang).


Gambar 5: Selepas ditahnik dan dicukur dan dimandikan, Ahmad Naufal Alwafi memberikan senyuman. Kepala dibedaksejukkan.

SEBUAH KELAHIRAN



GAMBAR 1: Ahmad Naufal Alwafi pada hari dilahirkan 2 Mei 2008



PROFIL DIRI

Nama: Ahmad Naufal Alwafi Bin Ahmad Tarmizi
Tarikh Lahir: 2 Mei 2008 (Jumaat) 4.04 Petang.
Tempat Lahir: Hospital Langkawi
Berat semasa lahir: 3.32 Kg
Panjang semasa lahir: 51 cm
Susu: Susu Ibu + Susu Formula

PROFIL IBU BAPA

Nama Baba: Ahmad Tarmizi Bin Ismail
Nama Ummi: Althoharoh Binti Ali


Sekian,
naufal.alwafi@gmail.com
0195044941