Tuesday, October 20, 2009

ADIK PEREMPUAN AHMAD NAUFAL ALWAFI

Inilah rupanya adik Ahmad Naufal Alwafi pada hari pertama kelahiran. Adik Naufal ditahan di wad untuk pengawasan. Ini disebabkan air ketuban ummi turun melebihi 24 jam dari waktu kelahiran. Ini adalah prosedur biasa. Apapun harap semua berdoa kepada adik perempuan Ahmad Naufal Alwafi ini.

Anak ke-2 pasangan En. Ahmad Tarmizi Bin Ismail dan Pn. Althoharoh Binti Ali.







Beberapa gambar yang sempat dimasukkan. Akan dimasukkan kemudian dalam blog baba. InsyaAllah kerana memenuhi permintaan saudara-mara. hehe

Saturday, October 17, 2009

SENYUMAN NAUFAL

SENYUMLAH-senyumlah, ahai Cek Mek Molek... hehe, Begitulah lagu yang dipopularkan oleh Dato' M. Daud Kilau. Naufal pun senyumlah masa sesi bergambar.



Ahmad Naufal Alwafi nampak sebab baru lepas demam 2 minggu lepas. Demam dan batuk itu hampir-hampir ke wad. Lihat catatan Baba.



Naufal bersama Baba dan Ummi. Naufal senyum sampai nampak anak tekak. Baba dan Ummi senyum sikit-sikit saja.


Bergambar kenangan dengan Ummi dan adik (masih di dalam) pada hari Ulangtahun kelahiran Baba 16 Oktober. Lagi gambar dan cerita pasal Besday Baba ni di Blog Baba.


Naufal dan Baba di Kebun jagung Tok Su Rahman dan Tok Su Shimah di Kg. Yoi, Langkawi sebab ada kenduri makan jagung bakar, cucur jagung, bubur jagung dan nasi jagung, ops... nasi putih lah dengan ikan bakar, sedap.



Naufal senyum lagi melihat ke dalam longkang yang disangkanya sungai. Naufal suka sungai. Setiap kali nampak sungai Naufal akan kata, "Ba... ngai." Kali ini Naufal tanya, "Ba... kan?" mungkin maksudnya ikan. Haha, longkang kering.

Cerita dan Gambar Ulangtahun Kelahiran Baba di Blog AKHIMIZI

Saturday, October 3, 2009

MEMORI AIDILFITRI 1430H

MEMORI AIDILFITRI Naufal bersama keluarga pada tahun ini. Banyak gambar tapi tak ter publish lah banyak-banyak. Tahun ini kebetulan pagi raya Naufal di rumah Tok dan Tokwan sebelah Baba. Jadi kebanyakan gambar adalah gambar di kediaman ISMA-NAJAH Kampung Ulu Melaka.

Tema Naufal sekeluarga tahun ini adalah warna kuning sultan. Baba kata takut nak pakai kuning sebab warna diraja.


Gambar 75: Inilah Tok dan Tokwan Naufal sebelah Baba iaitu Tok: Halijah Binti Ibrahim Tokwan: Ismail Bin Awang.



Gambar 76: Keluarga besar Naufal.
(Depan dari kiri: Kak Ain, Abang Along)
(Tengah dari kiri: Mak Chaq, Tok Wan, Tok, Ummi)
(Belakang dari kiri: Pakcik Nuar, Pak Teh Lotfi, Abang Adib dan Pak Chaq, Pak Lang Hadi, Naufal dan Baba, Paksu Naim)

Gambar 77: Keluarga Naufal bersama Tok dan Tokwan.


Gambar 78: Majlis bersalaman pada pagi hari raya selepas solat raya dan ziarah kubur. Naufal dapat duit raya.




Gambar 79: Baba, Ummi dan Naufal bersalaman dan berpeluk cium dengan Tok dan Tokwan.


MEMORI AIDILFITRI 1430H (2)

Lagi gambar raya.


Gambar 80: Keluarga Naufal dan Paksu Naim (Adik Baba paling bongsu).



Gambar 81: Keluarga Mak Chaq (mereka tinggal di Taman Bersatu Kuala Kedah.



Gamabr 82: Baba, Ummi, Pak Lang sedang membalut ketupat daun palas. Tekalah siapa paling cekap. Tahun ini baba cipta rekod kacau pulut untuk buat ketupat di rumah Tok.



Gambar 82: Tok dan Tokwan bersama anak-anak bujang mereka. Pakteh, Paklang, Pakcik dan Paksu. Pakteh kerja sebagai Pembantu Teknikal di HM, Paklang kerja guru ganti di SMKTP, Pakcik masih belajar di UniMAP dan Paksu akan menduduki SPM tahun ini.



Gambar 83: Pakteh dengan ayam kampungnya pada malam raya untuk diproses buat gulai. Memang pakteh cekap tangkap ayam macam "morat shehet". Kata Baba.